Thursday, May 1, 2014

KUNG PAO AYAM BALL


Assalamualaikum.. arini nak share resepi paling sempoi dan sedapp ni.. resepi asal kung Pao chiken tapi sebab buat ayam ball tu tukar nama.. hihi.. Resepi yang sama leh buat Ketam, Udang, Sotong dan juga daging burger..

KUNG PAO CHICKEN
Bahan A
600g isi ayam- potong dadu (saya guna ayam ball ayamas)
Tepung Jagung
Secubit Garam

Cara-cara :-
Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung
goreng dan toskan

Bahan B
100g gajus- beli yg ready untuk dimakan
30g lada kering- pilih yg lebar potong1.5 inci panjang
2 biji bawang besar- potong dadu besar
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 inci halia- tumbuk halus
1 biji lada bengala hijau/merah potong lebar
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1/4 cawan air
minyak untuk menumis

Cara-cara:- 
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Goreng lada kering hingga garing.. ketepikan
3. tumis halia, dan bawang putih hingga garing masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada benggala, isi ayam, sos tiram , sos cili dan air.
5. Biarkan kering masukkan gajus... siapp makan dengan nasi panas..
SELAMAT MENCUBA..
* boleh pelbagaikan lauk yang nak digunakan..


CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

Assalamualaikum.. Tempahan Chocolate Indulgence Cake dari rakan untuk sambutan Besday Party anaknya Hannan Asyfa 6 tahun.. Thanks yer.. seronok sangat bila dengar Hannan suka kek mama sue buat.. hehe.. Tq sygg..

untuk kawan2 yang nak mencuba resepi ni.. meh nak habaq mai nihh.. hehe.. Sharing is caring.. and loving.. 

Chocolate Chiffon:
Bahan A
30g cocoa powder- larutkan dgn 120ml air suam
4 biji kuning telor- asingkan putih /kuning yerr
100 gula kastor
130 tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
60ml minyak jagung@ butter
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telor
60g gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara:
1. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang gunakan high speed.
2. Dalam mangkuk lain pukul bahan B hingga kentalguna high speed. 
3. Kaup balikkan bahan A ke dalam bahan B. tuang dalam loyang 9' 
4. Bakar 40minit atau sehingga masak. 
5. Angkat dari loyang dan terbalikkan atas wire rack.
6.sejukkan sepenuhnya. Potong kepada 4 bahagian.

Chocolate Mouses
200g Dark Chocolate ( saya guna jenama Beryl's)
2 kuning telor- pukul ckit
2 putih telor- pukul hingga kembang
60g gula kastor
1/2 tbsp butter
250ml whipping cream- pukul hingga pekat
1 1/2tbsp gelatin 
50ml air 
(simpan sedikit adunan utk disapu tipis pada kek)

Cara-cara: 
1. Rendam gelatin dalam air hingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga larut. ketepikan.
2. Cairkan coklat secara double boiler, masukkan kuning telor diikuti butter dan campuran gelatin tadi. 
3. Dalam mangkuk lain, pukul putih telor dan gula hingga kembang, kaup balikkan dalam adunan coklat yg masih panas, kemudiaan masukkan whiping cream yang telah dipukul tadi. gaul rata.
4. Jika Chocolate Mouses masih lagi cair setelah dimasukkan gelatin, simpan dulu dalam peti sejuk baru disapu pada kek.


White Chocolate Mousse:
200g white chocolate
100ml UHT fresh milk
2 kuning telor- pukul ckit
2 putih telor- pukul hingga kembang
60g gula kastor
250ml whipping cream- pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin 
50ml air 

Cara-cara:-
1. Rendam gelatin dalam air hingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga larut. ketepikan.
2. Cairkan White coklat secara double boiler, masukkan kuning telor dan campuran gelatin tadi. 
3. Dalam mangkuk lain, pukul putih telor dan gula hingga kembang, kaup balikkan dalam adunan white coklat yg masih panas, kemudiaan masukkan susu dan whiping cream yang telah dipukul tadi. gaul rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti selama 4 jam hingga beku. keluarkan dan pukul high speed hingga pekat dan bertanduk. pukul hingga kembang baru sapu atas kek. ( Sebaikknya buat sehari awal... memang kena buat awal kalu idak nanti caiyaqq)


chocolate Ganache Topping
150ml whipping cream
350 dark chocolate (Berly's)
1 tbsp butter- cairkan

cara-caranya:-
1. panaskan whiping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & butter , kacau hingga cair dan tuang atas kek. Ganache ni memang bestt..


Cara melapis kek:
1. Potong chiffon kepada 4 lapisan
2. Lapisan Pertama: letak kek dalam loyang 9' ( saya guna cake ring). Tuang White Chocolate Mousse atasnya dan ratakan.
3. lapisan kedua: letak kek atas lapisan pertama, tuang Chocolate Mousse atasnya dan ratakan.
4. Lapisan ketiga: letak kek atas lapisan kedua, tuang baki white chocolate mousse dan ratakan.
5. Lapisan terakhir: Letak kek diatas lapisan ketiga dan simpan dalam peti sejuk semalaman.



6. keluarkan kek dari acuan, sapu nipis chocolate mousse keseluruhan kek dan simpan sekejap dalam peti sejuk hingga keras.

7. Letak kek atas wire rack dan tuang chocolate Ganache Topping, biarkan coklat mengeras. dan simpan dalam peti sejuk
8. Potong menggunakan pisau yang direndam dalam air panas, lap dan potong kek.( lepas tu apa lagi sendiri mau ingat ler buh mulut lerr hihi) pic kat bawah ni comot coz x rendam ayaq panas pun.. terus belah x sabar nak makan..


Kek ni memang kena makan sejuk.. kuar je peti potong makan..  Alhamdulillahhh..




-->

Monday, April 14, 2014

COKLAT LOLIPOP & COKLAT FOIL


Tempahan seorang kawan untuk besday party Boyboy..









PIZZA DAGING & PIZZA TUNA


Pizza Homemade.. Base pizza hehe beli siap2.. tangan ni lum cukup kuat nak uli.. hihi buat dua perisa Daging dan Tuna.. Pizza sempoi.. anak-anak duk ulang tanya jer mama pun x sempat nak buat sos putih..

                    Pizza daging.. tumis daging cincang dengan bawang yang di potong dadu.. masuk blackpepper+ sos tiram+ gula secubit . .  Base  pizza sapu dulu dengan sos cili+tomato +mayonis.. kemudian taburkan daging tadi, nenas dan cheese.. wowowoo terangkattt..




Pizza Tuna.. tumis bawang merah dan bawang putih yang dipotong dadu.. masukkan tuna, secubit garam, Base  pizza sapu dulu dengan sos cili+tomato +mayonis.. kemudian Masukkan Tuna tadi, Ayamball, nenas dan cheese banyak-banyak.. yumyum.. simple tapi yang paling penting ANAK-ANAKKU sukaaa..


KEK AISKRIM VANILA


Tempahan Kek Aiskrim Vanila untuk Hadiah Harijadi seorang sahabat.. Thanks.. pn Zainun atas tempahan.. Deco yang sangat simple..









-->

ALHAMDULILLAH... BILA BERBUDI PADA TANAH..


-->
Alhamdulillah... Terima kasih Allah atas rezekimu ini... Jom jamu mata dengan laman teratak kasih sy.. bersama alam sekitar yang sangat mendamaikan.. TERAPI MINDA..

cik Anggur sy.. ms tanam dulu mengandung kat  Danisya..  7 bulan.. sekarang icha dah nak msk 3 tahun so usia  dh 2 tahun lebih yer dakk hehehe.. thanks syg.. 2014 sgt subur deq pekena baja.. bertangkai-tangkai keluar buah.. lebat pula.. Alhamdulillah..


 yg ni  kat luar pagar risau gak budak2 main.. 

POKOK LEMON.. sangat lebat buahnya.. besar lak..  yang ni masak kat pokok.. hehe! asal tanam pokok ni sebab nak juz lemon untuk cheesecake.. hehe! 

DURIAN BELANDA @SELAT kan kalau x silap ... penangan baja kedai RB garden.. berpuluh biji kuar thanks untuk Pak Mat atas advice buh baja tu.. so kita tunggu masak..

NENAS yg paling cilik haha.. sebab dia rapat kat tanah... cuba je tanam ni.. Alhamdulillah menjadi... so tunggu jela dia masak untuk ngappp!

                             BETIK... alahai semangat tul dia bulattt, besaq..manis luv u.. bebehh


so.. saya Ada.. Kawan-kawan semua??? haha jom cabar diri untuk berbudi pada tanah..hehe.. so JAGA DIRI... JAGA AMAL...bersama alam sekitar yg mendamaikan..


Monday, December 30, 2013

DURIAN DREAM CHEESE CAKE...


Assalamualaikum..Alhamdulillah.. akan ku kongsikan resepi yang sangat sedappp.. very the yummmy.. Resepi ini dapat dari seorang otai bakers Evelyn dalam blog beliau My Baking Workshop... resepi yang meletop ini hasil gabungan daripada buku 'Cheesecake seduction by Catherine Lau and Baking code by Alex Goh... memang meletopp.. cuma cam biasa saya derhaka resepi sedikit hehe coz guna resepi Sponge cake yang dah biasa saya buat dan hasilnya yang sangat gebu.. jom tengok resepi..



Durian Dream Cheesecake

Base:
110g butter,cairkan
200g digestive biscuts, dihancur halus,
2sb brown sugar
30 serbuk koko
50g cornflakes, diramas kasar.

Cara-cara membuat base:
1. Dalam mangkuk,satukan semua bahan2 base kecuali butter yang dicairkan. Gaul rata.
2. Masukkan butter, gaul hingga sebati.
3. Tuang& tekan adunan base dalam spring form tin saiz 9'. tutup& simpan dalam peti sejuk sementara buat kek span.

Vanila Sponge cake
a)
4 biji kuning telur, gred A semestinya
16g gula caster
1/2sk esen vanila

b)
4 biji kuning telur, gred A
100g gula kaster (sy guna 90g)

c)
100g tepung gandum

d) 
50g minyak jagung

Cara-cara membuat sponge cake:
1. Pukul bahan A hingga kembang & gebu
2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.
3. Satukan adunan B kedalam A, kaup balikkan hingga sebati.
4. Masukkan C, gaul sebati
5. Akhir sekali, masukkan bahan D & gaul sebati.
6. Tuang dalam loyang saiz 9' yang telah dialaskan dengan kertas minyak. 
Kemudian Bakar 180'C selama 30 minit.
7. Sejukkan kek atas wire rack bila sudah sejukbaru dibahagikan 2 bahagian.


Filling:
a)
125ml susu segar
1 sudu besar gula kaster

b)
2sudu besar tepung kastard
2 sudu besar susu segar

c)
2 sudu besar gelatin (halal)
100ml air

d) 
500g isi durian, dihancurkan sedikit jerr

e)
270 cream cheese
120g gula kaster

f)
300ml UHT whipping cream

Cara-cara membuat filling:
1. Satukan bahan A, didihkan hingga gula larut. matikan api.
2. Dalam mangkuk lain, satukan B, gaul rata. tuang dalam adunan A yang didihkan tadi sambil kacau.         Alihkan atas double boiler& gaul adunan hingga pekat & lembut.
3. Dalam mangkuk lain satukan bahan C, cair atas double boiler dan masukkan dalam Langkah 2 tadi. gaul rata. sejukkan sekejap baru masukkan bahan D.ketepikan.
4. Pukul bahan E hingga lembut, kemudian masukkan bahan F pukul hingga pekat. kemudian masukkan    Langkah 3 tadi. gaul rata.
5. Keluarkan loyang berisi base yang disejukkan tadi. letakkan satu lapisan sponge cakeatas base. Tuang 1/2 adunan filling. kemudian letak lapisan sponge yang terakhir dan tuang baki filling. Tutup & simpan dalam peti sejuk semalaman.

Custard topping:
A)
150ml susu segar
10g gula aising

B)
40g susu segar
16g istant custard powder
2 biji kuning telor, pukul sedikit

C
6g serbuk gelatin
45ml air

D
1/2 sk esen vanila

Cara-cara membuat Topping:
1. Satukan bahan A dan didihkan hingga gula larut.
2. Satukan pula bahan B, kemudian masukkan campuran susu tadi. gaul rata dan alihkan atas double boiler.       kacau hingga pekat & lembut. Matikan api. ketepikan.
3. Satukan C. cairkan atas double boiler. masukkan bersama bahan D kedalam campuran susu dan kastad (langkah 2) tadi. gaul rata. biarkan sejuk sebentar baru dituang atas kek. simpan kek dalam peti sejuk 15-30 minit baru dipotong..


Panjang lebar kan... haaahh so cabar diri untuk buat sebenarnya tidaklah seperti yang dijangka bila dah start buat cam 'mutar itik ckit' tapi result sangatlahh perfect...Alhamdulillah soo...

Caiyookkk Selamat mencuba..