Monday, December 12, 2011

LATA BAYU, KEDAH.. DAMYA @KAKAK

GINDUNYERR..nk berceloteh kt blog kesayangan ni.. hihi.. sori yer terlampau laa bz akhir2 tahun ni.. so xdpt nk bercerita pnjang just nk share pic damya.. ms umuq 1tahun.. lm dulu daa skrg dh 4thn.. terjumpa ms godek2 fail kat ofis ni.. lunch hour kan haha..
jumpa lg dilain masa.. assalamualaikum..

Friday, November 18, 2011

PUDING COKLAT SOS KASTAD..Buah-buahan

Puding coklat untuk family bakal adik ipar yang dtg merisik.. xtau nk bg apa nasib baiklah teringat nk wt utk dessert.. last2 jd hantaran merisik laa plak.. walaupun sempoi jer tp cecuba mkn.. haah sodap tuuu.. thanks utk kak dayang jack.. ari tu duk intai-intai blog dia terjupo resepi yg sgt simple ni.. tetapi versi derhaka coz dh tambah macam2.. so utk adikku cik Umi Kalsom.. sila membuat perancangan awal don't be kalut2 k.. berpeluh gak last minit..

resepi-
10g serbuk agar2(plain)- sy buh agar2 strip jer yg 12g
500ml susu segar (xbuh juz buh air)
250ml susu cair
100ml air
3/4 cwn gula
2sdb susu pekat (1/2 cwn eon buh yer)
2 sdb serbuk koko (bancuh dl ngan air panas ckit) (sy buh 6sdb)
1 sdb tepung kastad (bancuh ngan 2sdb air)
1 sdb mantega
1sk esen vanila

cara-cara
1. Larutkan agar-agar dan gula bersama air.
2. Masukkan susu cair, susu pekat. kacau sebati dengan api perlahan.
3. Masukkan pula koko,esen vanila,tepung kastad dan mentega. sebattikan..
4. Tutup api sejukkan dlm bekas yg sesuai..

SOS KASTAD BUAH-BUAHAN-
4 bj buah plum- potong dadu bsr
1 tin fruitcocktail
2 tin ssusu cair
3 sdb kastad
5 sdb gula
secubit garam

cara-cara'
1. satukan semuanya dalam periuk. kacau hingga tepung larut.
2. Panaskan dgn api kecil hingga sos pekat.
3. Tutupkan api. dan tuang ats bekas puding tadi. sejukkan..

Thursday, November 17, 2011

PUDING PELANGI Blacmore lggg..



puding blackmore lgi.. best puding ni lemak2 berkrim.. ni wt utk besday party alya n damya last week.. tp sememeh coz si tecit danisya duk nangis.. main curah2 laa mama pun hihi..



Saturday, November 12, 2011

KEK ALUNAN KASIH BEbop




selalu tgk kt blog ramai yg dah buat kek alunan kasih.. hihi sy lak dh terbiasa wt kek butter bebop.. dh bertahun2 wt guna resepi kak bebop fnr.. so nk jugak beralun-alun kasih tu.. so try melapis ok gak cantik gak kan.. kuikui.. masuk bakul angkat sdiri laa plak.. so sape2 nak try kek yg mudah, gebu n teramatlah sedap ni amat2 lah di alukan..


Resepi-
250gm butter
200gm gula
210gm tepung gandum
1 tsp baking powder

5 bj telor

cara-cara
1. Campurkan bahan A iaitu butter,gula,gandum,baking powder dlm mixer dan adun sebati.
2. then masukkan pula bahan B iaitu telor sebiji sebiji.. eon sempoi jer buh jer semua 5 bj..
3. putar lagi selama4-5 minit. sehingga adunan lembut n x berbintil-bintil.
4. Bhagikan adunan dua bahagian dan buh pewarna yg digemari.
5. Tuang adunan dlm acuan 9' satu bahagian then tapis serbuk koko then masukkan adunan yg satu lagi.
6. Bakar 50-60 minit. atau sehingga masak (try jer cucuk tester cake kt tgh tu kalu x melekat dh masak ler tu)

try jgn x try... hepi baking..

Monday, September 19, 2011

DADIH untuk DAMYA n ALYA








Dadih FernleaF untuk damya n Alya. buat separuh adunan jer.. sesapa nak resepi leh ler mengcopies yer hihi..




PUDING KASTAD LAPIS BERKUAH







Puding Kastad Berkuah untuk makan-makan sempena raya.. resepi lum letak yerr bz sesangat ngan Danisya.. asl mama ngadap laptop jer nangis.. mmg dengki kuikuikui..





Sunday, September 11, 2011

RAYA NGAN DANISYA part II

mood untuk bercerita datang lagi.. sambungan raya la.. Teratak Kasih menerima tetamu lagi. kali ni buat Roti Jala, Nasi Pandan, Kari Ayam, Daging Goreng Eonis n Puding Kastad berkuah.Air lak Air Kenduri @ Sirap laa tu.. hihi walaupun penat tapi sangatlah berpuas hati tengok tetamu menjamu selera.. Asalnyer nak minta pertolongan my hubby jer goreng mee.. tp memandangkan selalu sangat dh goreng mee n mihun so time tukar menu laa.. nasib baik adiku yg suka menjala tu ada dia yg tolong.. 3 adunan tu kasi dia jala aka kirai hihi.. resepi- resepi dah ada yang xada saya akan tepek kemudian yer..








































Jejak kasih Damya n Safni.. lama x jupa ni dulu 1 cikgu aka pengasuh yang amat disayangi CIKGU YAH..




























































Saturday, September 10, 2011

RAYA NGAN DANISYA.. part I



















































































Selamat petang semua.. ari ni baru leh jengguk Teratak kASIH EONIS.. errmm saje nk borak pasal raya.. tahun nie x buat pun open house coz raya ngan danisya tkt x terlayan tetamu jer.. wpun nur danisya 'Irdina ni sangatlah baik n penyabar orangnyer (puji anak mama ckit good girl sayang) cuma kdg2 mama TERlambat ckit bagi susu mula laa meraung kuat.. hihi..

Wlaupun xwat open House tapi Teratak Kasih memang selalu diserang.. hihi.. tapi oleh kerana diserang menu pn ala kadar jelaa.. kat sini saya abadikan gambar kenangan bersama staf yang duk tunggu bos wat open house kuikuikui.. x dapat nk buat yer bak tajuk RAYA NGAN DANISYA laa katakan.. Menu sendiri buat tau.. Mee(husband buat 8kg tu, thanks syg tolong mama), kek coklat lembap, brownise, puding laici, biskut-biskut raya dan air oren + sirap..opps! satu lagi petang saya tambah mihun goreng singapore. tahun depan kena planing betul-betul..


Danisya selamba jer dikelilingi ramai orang..








































































































Wednesday, September 7, 2011

SOSEJ BERKICAP.. ada ber.. tu









resepi ni tercipta gara-gara suka sangat makan sosej kat Desa indah Permai masa tu study kat USM Penang. sedap sangat tp masa tu xdelah pikir pakcik tu wat camne kan.. saya panggil dia Pcik Mus jer.. (muka dia ala-ala mamak gtu, n ingat sgt kat misai dia.. kuikuikui.) abis jer blaja tahun 2004 duk teringin nk mkn so slps beberapa kali cuba haah dh dapat la rasa yg Pak mus buat tu walaupun x sebijik sama tapi bolehlaaaa..

Bahan-bahan:-
1 paket sosej ayamas (hiris nipis)
4ulas bawang putih *
1 sudu besar lada hitam (nk pedas leh tambah lagi yer)*
4 sudu besar kicap manis
1 biji capsicum kuning or merah
5 biji lada burung ketuk tau(tetiba jer lupa nama lada ni.. tp lada burung pun semua tau kan)
1biji bawang besar (hiris bulat)
secubit garam n gula
sedikit minyak
* bahan ni kena tumbuk yer..

Cara-caranya:


  1. Tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga wangi.

  2. Masukkan sosej.. bagi nampak garing ckit.

  3. Masukkan kicap.

  4. Kemudian masukan capsicum, lada burung, bawang besar. n secubit garam n gula sebagai perisa.. yang ni memang tangan ni cepat jer nk buh dh terbiasa.. tok aji or perasa2 lain xpenah guna.. kesihatan diutamakan..

  5. opss sori melalut DAH SIAP!
so selamat mencuba..

APAM TUKAZ.. versi kecik comel














haahh..comel kan.. yang ni untuk kanak-kanak riang.. juz buh dalam acuan sri ayu tu n buh separuh.. resepi dah tepek yer.

Sunday, September 4, 2011

RAYA 2011 with si tecit DANISYA







sekejap jer rasa dah abis puasa.. n dah dekat seminggu pun raya. saya ambil kesempatan disini nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA .. MAAF ZAHIR BATIN.. moga diberikan lagi kesempatan untuk Ramadhan dan Syawal tahun depan.. amin2..


Tahun ni beraya ngan si Tecit Danisya. Alhamdullillah x banyak ragam Danisya ni.. tidoq manjang bgn minta minum jer (fully brestfeeding tau! : ) utk kesihatan anak mama gak). cuma sori mama lupa raya pertama makan tapai n ketupat. errmm apa lagi nangis selllokk la danisya hihi.. mama terlupa syg.. so kat sini saya letak sebahagian gambar raya 2011.. byk lagi x upload ooo.. sabau2

Saturday, September 3, 2011

Tempahan kek sempena aidilfitri























































THANKS.. to kwn2 yang x pernah jemu dengan kek ni terutamanya.. pn. norazlina n pn masrina.. 1st time cuba... komen yg diterima.. pn.norazlina.. "sedapppp" n pn masrina" sedappp sgt kek sue, suami kna tanya nape beli sebiji jer " hehe..xpe lain kali nk tempah bgtau yer.. : )


































MEE ABAH BUAT!





























Ermm kalu cakap pasal mee memang serah kat suamiku laa.. kalu cuba nak test power pun xde nyerr orang nak percaya..terutamanya damya.. anak2 memang suka sangat makan mee.. kalu dia tengok pun mama dia duk kalut goreng mee dah siap tu nama abah gak ler di sebutnyerr.. nasib ler.. jom nengok diorang menikmati mee goreng dari abah @suamiku la suami sapa lagi.. hikhik..