Sunday, December 14, 2014

Snowy Cheese Cake utk Besday MAMA Za..

Tq Mama Za untuk tempahan kek snowy ni.. Hope mama suka..




-->

Macadamia White Chocolate Cake again...

Tempahan mak buyong dan kawan-kawan Tq semua..




-->

Macadamia White Chocolate Cake


Tq kawan.. 



-->

PAVLOVA ...

Assalamualaikum.. lamanya x berceloteh kat Blog Kesayangan sy ni.. auwww..  cuci mata dulu dengan gambar kat bawah ni.. 









-->

Sunday, October 26, 2014

Princess Elsa & Sofia Cupcakes

Tempahan 100biji cupcakes... Tq kak Fatti






-->

Sunday, September 28, 2014

SNOWY CHEESE CAKE

Assalamualaikum.. snowy cheesecake ini buat khas untuk adik-adik ipar sy.. hehe..  Alif.. Hepi belated Besday..  Syafiq Selamat Berangkat ke Jepun.. semoga kedua-duanya dalam lindungan Allah selalu amin.. Jom cuci mata jap dgn pic majlis mkn yg x rancang nak buat pun sebenarnya..


papa tersayang duk tgk menantu kikiki..



Sponge cake pandan n yam.. besttt..


-->

KEK LUMUT SARAWAK

Tq atas tempahan Kmid...




Yang ni untuk makan-makan.. cake yang agak manis bagi saya... lemak manis gitu campuran Horlick, Nestum kisar, Susu Pekat Manis, Butter.. Nati free sy share resepi yerr..

Jap jer licin.. ahaks..

 Alhamdulillah anak-anak pun suka.. 

-->

CAKE CHOCOLATE MOIST


Dua biji cake coklat moist done.. 1 untuk memenuhi keperluan anak tekak n sebiji lagi untuk my baby Adik bongsu tersayang sempena UPSR hehe
 Hitam menawan.. hati tertawan... 

Good luck buat Nur Fairuz Laili bt Mustafar... 



My favourite cake... Alhamdulillah...

-->

Wednesday, September 10, 2014

Pandan butter cake with Dark n milk Berlys Chocolate Coins..


Assalamualaikum.. lamanyerr x berblog.. menyepi dan hanya sempat memandang dari jauh.. hehe..so arini nak share resepi kek Butter yang slalu duk buat.. simple cake tapi penuh rs coklat..


Bahan-bahan :-

A)
250g Butter
210 Tepung naik sendiri 
190 gula kastor
5 bj telor gred A
1sdk baking bikarbonat (x penuh pun)

B)
Pandan Paste

C)
serbuk koko (untuk melapis)

D)
Berly's Chocolate coins (Dark & Milk utk hiasan)

Cara-cara:-
1. Putar bahan A sehingga gebu 5 minit je.
2. Masukkan bahan B.
3. Bahagikan adunan..(nk buat colur2 pun cantik)
4. Masukkan adunan dalam loyang dan  tapis bahan C memenuhi loyang. Ulang proses ini.
5. Kemudian masuk adunan terakhir dan hiasi dengan Chocolate coins.. hehe.. 
6. Bakar suhu 150c 50minit atau sehingga masak..


Double Layer.. 

Icha 3y sgt teruja.. hihi

-->

Thursday, May 1, 2014

KUNG PAO AYAM BALL


Assalamualaikum.. arini nak share resepi paling sempoi dan sedapp ni.. resepi asal kung Pao chiken tapi sebab buat ayam ball tu tukar nama.. hihi.. Resepi yang sama leh buat Ketam, Udang, Sotong dan juga daging burger..

KUNG PAO CHICKEN
Bahan A
600g isi ayam- potong dadu (saya guna ayam ball ayamas)
Tepung Jagung
Secubit Garam

Cara-cara :-
Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung
goreng dan toskan

Bahan B
100g gajus- beli yg ready untuk dimakan
30g lada kering- pilih yg lebar potong1.5 inci panjang
2 biji bawang besar- potong dadu besar
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 inci halia- tumbuk halus
1 biji lada bengala hijau/merah potong lebar
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1/4 cawan air
minyak untuk menumis

Cara-cara:- 
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Goreng lada kering hingga garing.. ketepikan
3. tumis halia, dan bawang putih hingga garing masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada benggala, isi ayam, sos tiram , sos cili dan air.
5. Biarkan kering masukkan gajus... siapp makan dengan nasi panas..
SELAMAT MENCUBA..
* boleh pelbagaikan lauk yang nak digunakan..


CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

Assalamualaikum.. Tempahan Chocolate Indulgence Cake dari rakan untuk sambutan Besday Party anaknya Hannan Asyfa 6 tahun.. Thanks yer.. seronok sangat bila dengar Hannan suka kek mama sue buat.. hehe.. Tq sygg..

untuk kawan2 yang nak mencuba resepi ni.. meh nak habaq mai nihh.. hehe.. Sharing is caring.. and loving.. 

Chocolate Chiffon:
Bahan A
30g cocoa powder- larutkan dgn 120ml air suam
4 biji kuning telor- asingkan putih /kuning yerr
100 gula kastor
130 tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
60ml minyak jagung@ butter
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telor
60g gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara:
1. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang gunakan high speed.
2. Dalam mangkuk lain pukul bahan B hingga kentalguna high speed. 
3. Kaup balikkan bahan A ke dalam bahan B. tuang dalam loyang 9' 
4. Bakar 40minit atau sehingga masak. 
5. Angkat dari loyang dan terbalikkan atas wire rack.
6.sejukkan sepenuhnya. Potong kepada 4 bahagian.

Chocolate Mouses
200g Dark Chocolate ( saya guna jenama Beryl's)
2 kuning telor- pukul ckit
2 putih telor- pukul hingga kembang
60g gula kastor
1/2 tbsp butter
250ml whipping cream- pukul hingga pekat
1 1/2tbsp gelatin 
50ml air 
(simpan sedikit adunan utk disapu tipis pada kek)

Cara-cara: 
1. Rendam gelatin dalam air hingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga larut. ketepikan.
2. Cairkan coklat secara double boiler, masukkan kuning telor diikuti butter dan campuran gelatin tadi. 
3. Dalam mangkuk lain, pukul putih telor dan gula hingga kembang, kaup balikkan dalam adunan coklat yg masih panas, kemudiaan masukkan whiping cream yang telah dipukul tadi. gaul rata.
4. Jika Chocolate Mouses masih lagi cair setelah dimasukkan gelatin, simpan dulu dalam peti sejuk baru disapu pada kek.


White Chocolate Mousse:
200g white chocolate
100ml UHT fresh milk
2 kuning telor- pukul ckit
2 putih telor- pukul hingga kembang
60g gula kastor
250ml whipping cream- pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin 
50ml air 

Cara-cara:-
1. Rendam gelatin dalam air hingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga larut. ketepikan.
2. Cairkan White coklat secara double boiler, masukkan kuning telor dan campuran gelatin tadi. 
3. Dalam mangkuk lain, pukul putih telor dan gula hingga kembang, kaup balikkan dalam adunan white coklat yg masih panas, kemudiaan masukkan susu dan whiping cream yang telah dipukul tadi. gaul rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti selama 4 jam hingga beku. keluarkan dan pukul high speed hingga pekat dan bertanduk. pukul hingga kembang baru sapu atas kek. ( Sebaikknya buat sehari awal... memang kena buat awal kalu idak nanti caiyaqq)


chocolate Ganache Topping
150ml whipping cream
350 dark chocolate (Berly's)
1 tbsp butter- cairkan

cara-caranya:-
1. panaskan whiping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & butter , kacau hingga cair dan tuang atas kek. Ganache ni memang bestt..


Cara melapis kek:
1. Potong chiffon kepada 4 lapisan
2. Lapisan Pertama: letak kek dalam loyang 9' ( saya guna cake ring). Tuang White Chocolate Mousse atasnya dan ratakan.
3. lapisan kedua: letak kek atas lapisan pertama, tuang Chocolate Mousse atasnya dan ratakan.
4. Lapisan ketiga: letak kek atas lapisan kedua, tuang baki white chocolate mousse dan ratakan.
5. Lapisan terakhir: Letak kek diatas lapisan ketiga dan simpan dalam peti sejuk semalaman.



6. keluarkan kek dari acuan, sapu nipis chocolate mousse keseluruhan kek dan simpan sekejap dalam peti sejuk hingga keras.

7. Letak kek atas wire rack dan tuang chocolate Ganache Topping, biarkan coklat mengeras. dan simpan dalam peti sejuk
8. Potong menggunakan pisau yang direndam dalam air panas, lap dan potong kek.( lepas tu apa lagi sendiri mau ingat ler buh mulut lerr hihi) pic kat bawah ni comot coz x rendam ayaq panas pun.. terus belah x sabar nak makan..


Kek ni memang kena makan sejuk.. kuar je peti potong makan..  Alhamdulillahhh..




-->