Friday, August 19, 2011

Mee GORENG aBAH lagi..








Resepi lum tepek coz lum sempat minta dari my darling.. hihihi mee goreng basah yang disediakan oleh en.hubby untuk tetamu yg menyerang Teratak Kasih.. kuikuikui 8kg tu.. thanks 4 helping me sayang.. Terima Kasih Daun Keladi Lain Kali tolong buat Lagi yee.. hihi( pantun lama)

BEST EVER BANANA CAKE

cam tu ler nama yang diberi oleh empunya resepi sue_rans forum.cari.. resepi kek pisang yg senang sgt2 coz x yah putar telor pun.. jomlah try.. mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim confirm jadi..

Bahan-bahan:-
1 1/2 cawan tepung SRF (eon guna tepung gandum je)
3/4 cwn brown sugar
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan minyak msk
3 biji pisang berangan dilenyek
2 biji telor- di kacau sedikit

cara-cara:-




  1. Ayak tepung dengan soda bikarbonat


  2. Gaul tepung bersama gula bagi sebati.


  3. Buat lubang di tengah then curah jer minyak,telor dan pisang.


  4. Kacau bagi sebati.


  5. Masukkan dalam loyang dan bakaqlah suhu 150c selama 50minit.. haah kan dah ckp senang sgt2..








BUTTER BREAD PUDING WITH SOS KASTAD




resepi ni dari knor@secubitgaram sedap sgt tp eon Ter lbh bakar tu yang hitam ckit.. so sama-samalah kita mencuba resepi yang sedap ni.. yg paling best roti disapu ngan butter terlebih dahulu sblm dipotong n susun dalam loyang.. kelainan yg mencetus kesedapan yang teramat.. cewahh..




BAHAN-BAHAN:-


10-12 keping roti


butter secukupnya


500ml susu segar ( eon bancuh susu fernleaf jer)


4 sudu besar gula halus


3 biji telor


1 sudu kecil esen vanila


2 sudu besar tepung jagung


sedikit kismis or coklat chip (eon buh kismis n buah ape ntah wana kuning org wt blk Mekah)




Cara-cara:-


1. Sapu roti dengan butter kemudian potong


2. Susun dalam loyang yg telah digriskan


3. Masukkan susu, gula,telor,esen dan tepung jagung dalam bekas dan kacau sebati.


4. Tuangkan adunan ke atas roti dan biarkan 10minit.


5. Taburkan kismis dan coklat chip.


6. Bakar suhu (175-180c) lebih kurang 40-45minit.


7. Sejukkan seketika then potong enak di makan begitu saja or dengan sos kastad.




SOS KASTAD


Bahan-bahan:-


1/2 tin susu cair


1 tin air(guna tin susu cair)


3-5 sudu besar gula (ikut kemanisan sendiri yer)


1 sudu tepung kastad


1 sudu tepung jagung


1 helai daun pandan


sedikit esen vanila


secubit garam




Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat. sentiasa kacau tau takut berketul.


sejukkan dan bolehlah dinikmati bersama Puding Roti tadi.




Alhamdullillah.. siap gak ler menaip resepi knor kita ni.. danisya dr td duk manggil.. jap ye syg..
















Thursday, August 18, 2011

PUDING GULA HANGUS aka PUDING KARAMEL



pagi td sesudah bersahur.. smbil nunggu solat subuh on jp fb.. skali adik tersayang yg nun jauh di bumi mesir online.. borak2 ngn dia terus tanya pasal puding yg slalu ku buat.. so selongkar pic kt fb terjupa la pic ni.. walaupun pic lama maklumlah akak lum leh mkn telor dik oii.. kena zasss ms bersalin kat danisya.. so pantang telor lm ckit ler hihi.. so kt cni eon share resepi ngan semua tp versi susu pekat manis..

BAHAN-BAHAN:-
8 bj telor
1 tin susu pekat manis
1 tin air (guna tin susu td yer)
2 sudu bsr tepung kastad (bancuh dl ngan sedikit air)
sedikit esen vanila

utk gula hangus:-
2 sudu bsr gula
2 sudu bsr air suam
(gula terus dhanguskan dlm loyang yg nk dikukus tu yer..) then bila dh perang buh air hati2 ye..

CARA-CARA:-
1.pukul telor ckit biar sebati then buh bahan2 lain
2. masuk jer adunan dalam loyang n kukus 1jam @ hingga masak
siap sudah .. resepi simple tp sodappp! try ler.. SELAMAT MENCUBA

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan & salam pertemuan kembali.. setelah lama menyepi.. teratak Kasih muncul kembali..



Alahai nk raya dh pun.. lama sgt xberblog.. setahun gak ler x jenguk teratak Kasih.. skrg dh ade 3rd baby pun .. taraaaa.. ni la Nur Danisya 'Irdina lahir pd 5 julai 2011..


Sunday, August 7, 2011

Dadih ooo dadih






















sebahagian pic dadih yang di tempah utk Besday Party.





APAM TUKAZ













BAHAN- BAHAN:-

2 mug nasi

2 mug tepung gandum

2 mug tepung beras

1 mug gula perang

3/4 mug gula pasir

2 1/2 mug air

1/2 paket mauripan


Cara-cara :-


  1. Satukan tepong beras dan gandum dalam bekas plastik

  2. nasi diblender dengan air hingga halus kemudian masukkan gula blender lagi.

  3. Curahkan dalam bekas plastik yang berisi tepung td kacau rata.

  4. masukkan mauripan tadi dan biarkan naik selama 3 jam.

  5. kukus hingga masak.