Wednesday, August 24, 2011

APAM MEKAR





Apam Mekar ni memang menjadi kesukaanku.. dulu slalu beli tp bila dh pandai wt ni xpenah lagi belinyerr coz kdg2 beli berbau telor sgt lah n kdg2 cam nk pahit..(ceweewaaahh mentang2 dh pandai wt complen lak yerrr) : ) ni step by step mcm mana eon buat ni.. so sape2 yang nak blaja wt silakan.. resepi ni dr chef hanieliza.. resepi kliza ni mmg the booommmm.. best oooo..



Bahan-bahan:-
250gmm gula
2 biji telor
1 sudu kecil esen vanila
200ml susu segar
300gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate

pewarna kuning dan merah
acuan kertas

Cara-caranya:-


  1. Panaskan kukusan

  2. Pukul gula dan telor hingga kembang dan gebu (ala-ala betanduk gitu)

  3. Masukkan esen vanila dan pukul lagi

  4. masukkan gandum,susu dan ovallate. pukul hingga gebu.

  5. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. masukkan pewarna yang digemari.

  6. Masukkan adunan dalam piping bag.

  7. Picitkan serba sedikit setiap adunan kedalam acuan kertas tadi.

  8. Kukus selama 15minit.

  9. Angkat dan hidangkan.




























No comments:

Post a Comment