Friday, September 2, 2011

DAGING GORENG versi EONIS



resepi ni rasanyer dh lm share kat forum.. tahun 2005 gitu kot.. slalu sgt buat daging goreng ni coz my daughter suka sangat.. kalau nengok abah dia beli daging pn dh siap cakap..' daging kakak ke mama'.. hehe..then siap cakap lagi nk mama buat yang itam2 tu.. alahai Damya..


BAHAN-BAHAN:-
daging/hati lembu
2inci halia
2bj bawang besar (suka sgt letak bawng byk2 coz manis)
3 ulas bawang putih
2 sudu kecil lada itam (boleh tambah lagi kalu suka pedas)
kicap manis
sos tiram
sos cili
secubit garam n gula
tomato
lada burung aka cili padi

CARA-CARA:-


  1. Numbered ListDaging/hati lembu dihiris nipis. Letak dalam bekas sebaiknyer yang ada penutup coz jap lagi nk tutup tau.. perap.

  2. Tumbuk halia, bawang merah, bawang putih, lada itam kemudian buh dalam bekas yang berisi daging tadi.

  3. Masukkan kicap, sos tiram, sos cili, garam, gula kedalam bekas tadi.. perap 1/2 jam..

  4. Panaskan kuali then masuk daging yang diperap tadi hingga kering airnyer then masuk sedikit minyak.

  5. Goreng hingga garing dan masukkan tomato dan lada burung tadi..

  6. kaup balik dah pun siap..

SELAMAT MENCUBA...


No comments:

Post a Comment