Tidaklah semudah yang disangka walaupun adunan pejam mata pn leh wt.. (tul x tipu hehe!)
tp tang menjala tu leeetihh xreti den.. 4 adunan buat utk 1st raya tau.. my sis yg menjala n mengulung.. haha.. resepi ni lama dh tersimpan di memori.. x ingat dpt dr mana.. ingat sgt coz resepi yg sng n konpem jadi.. cuma menjala jer br nk latih lengok tangan ni.. hihi so kita kongsi2 ye..
BAHAN-BAHAN:-
3cwn gandum
3 1/2 cwn air
1 bj telor
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar margerin (cairkan tau)
1 sudu kecil garam
sedikit minyak untuk lengser pada kuali
CARA-CARA:-
- Campurkan semua bahan-bahan mengunakan whisker hingga sebati
- Tapiskan
- Panaskan kuali dan lengser minyak.
- Gunakan acuan roti jala dan kirai atas kuali (tang ni lum lulus tp bolehhh laa)
- Biarkan masak tidak perlu balikkan tau
- Hidangkan bersama kuah kari, kuzi n serawa durian.. sedapnyerr..
Buat adik-adikku.. lepas ni boleh la buat adunan sendiri.. menjala dah pandai kan.. : )
No comments:
Post a Comment